Terdapat
beratus-ratus kitab yang dihasilkan oleh para ulama Ahli Sunnah
wal-Jamaah dalam berbagai-bagai bidang keilmuan. Di dalam kitab-kitab
tersebut didapati amat banyak sebutan menggunakan istilah atau kalimah
seperti: Salaf, Salaf as-Soleh, Generasi salaf atau Salaful Ummah. Sama
ada di dalam kitab-kitab tafsir, syarah hadis, fikah (termasuk dalam
fikah Hanafi, Maliki, Syafie dan hambali), malah paling banyak disebut
sehingga beratus-ratus kali di dalam kitab-kitab akidah. Kenyataan ini
tidak dapat dinafikan bagi sesiapa yang mampu mengkaji kalimah ini di
kitab-kitab turath (kitab-kitab hasil tulisan para ulama terdahulu).
Malah para ulama terdahulu telah menggunakan kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-kata yang masyhur:
Malah para ulama terdahulu telah menggunakan kalimah salaf atau istilah ini untuk memerangi bid’ah, ahli bid’ah dan para aktivisnya. Ia diungkapkan dalam kata-kata yang masyhur:
وَكُلُّ خَيْرٍ فِى اتِّبَاعِ مَنْ سَلَفَ #
وُكُلُّ شَرٍّ فِى اتِّبَاعِ مَنْ خَلَفَ
“Dan
setiap kebaikan adalah dalam mengikuti orang-orang salaf. Dan setiap
kekejian adalah dalam bid’ahnya orang-orang khalaf (orang-orang setelah
zaman salaf)”.
Imam al-Auza’i rahimahullah secara tegas memerintahkan kepada kita sekalian agar kembali kepada pegangan para Salaf as-Soleh. Beliau berkata:
Imam al-Auza’i rahimahullah secara tegas memerintahkan kepada kita sekalian agar kembali kepada pegangan para Salaf as-Soleh. Beliau berkata:
عَلَيْكَ بِاَثَارِ مَنْ سَلَفَ وَاِنْ رَفَضَكَ النَّاسُ ، وَاِيَّاكَ وَاَرَاءَ الرِّجَالِ وَاِنْ زُخْرُفُوْهَا لَكَ بِاْلاَقْوَالِ.
“Hendaklah kamu berpegang dengan athar-athar orang-orang salaf walaupun semua manusia mengusir (menolak) kamu. Dan jauhilah oleh kamu pendapat-pendapat orang walaupun mereka menghiasinya dengan ucapan-ucapan (yang indah)”. [1]
اِصْبِرْ نَفْسَكَ عَلَى السُّنَّةِ ، وَقِفْ حَيْثُ وَقَفَ الْقَوْمِ ، وَقُلْ بِمَا قَالُوْا ، وَكُفَّ عَمَّا كَفُّوْا عَنْهُ ، وَاسْلُكْ سَبِيْلَ سَلَفِكَ الصَّالِحِ فَاِنَّهُ يَسَعُكَ مَا وَسِعَهُمْ.
“Bersabarlah kamu dalam mengikuti sunnah. Berhentilah dari (melakukan suatu perbuatan) sebagaimana kaum (Salaf as-Soleh) berhenti dari melakukannya. Berkatalah sesuai dengan apa yang mereka (para Salaf as-Soleh) katakan. Tahanlah dirimu daripadanya. Berjalanlah di atas jalan Salaf as-Soleh kerana sesungguhnya ia akan memberi kelapangan kepada kamu”.[2]
[1]
. Lihat: ذم التأويل Tahqiq Badr al-Abdr. Hlm. 277. Hadis Sahih,
Dikeluarkan oleh al-Khatib dalanm Syarah Ashabul Hadis hlm. 70. Al-Ajurr
dalam Syariah 57. Dan Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ul Bayanil Ilm
wa-Fadhlihi. 2/114. Lihat: Syarah Lum’atul Iktiqad. Hlm. 42. Syeikh
Uthaimin. Tahqiq Asyraf bin Abdul Maqsud.[2]. Dikeluarkan: Al-Lalikaii, Baihaqi dan al-Ajuri dengan sanad sahih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar